Pages

Program Vaksinasi HPV Untuk Wanita



Pasti ramai terfikir-fikir, apakah itu Program Vaksinasi HPV kan? Sebenarnya, Program Vaksinasi HPV (PVHPV) adalah satu program yang diusahakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan di bawah naungan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).


Objektif utama Program Vaksin ini adalah untuk mengurangkan beban penyakit sebagai penyebab Kanser Pangkal Rahim selama 20 tahun yang akan datang.


Matlamat utama vaksin ini adalah :

  • memberi vaksin HPV kepada semua perempuan yang berumur 18 hingga 20 tahun  yang tergolong dalam "kumpulan sasaran"
  • untuk melindungi wanita Malaysia dari risiko jangkitan HPV
  • untuk mengurangkan risiko Kanser Pangkal Rahim dalam kalangan wanita di Malaysia.

Fakta : Kanser ini salah satu kanser yang paling berbahaya di Malaysia . So , girls please take the vaccines . Orang cakap , mencegah lagi baik dari mengubati kan ? So , pleaseee beware .

Ini , list time . Go goo !

 Taylor's University College @Syopz - 2nd October 2013

· Tunku Abdul Rahman University College - 9th October 2013
· Universiti Islam Antarabangsa - 23 October 2013
· Universiti Putra Malaysia –2nd November 2013
· 1Borneo Mall - 12 November 2013
· UniMas Sarawak - 14 November 2013

Nota kaki untuk para pelajar universiti , Bagi mereka yang menyelesaikan semua tiga dos, mereka akan diberikan pas percuma ke konsert artis-artis tempatan yang terkenal yang dijadualkan pada 2 Mac 2014

Dan dalam masa terdekat ini , peserta dari setiap universiti atau kolej yang mendaftar untuk vaksin dalam kumpulan yang terdiri dari lima orang atau lebih akan layak untuk cabutan bertuah.


Untuk maklumat lanjut mengenai LPPKN Program Vaksinasi HPV untuk Wanita serta maklumat mengenai lokasi roadshow, korang boleh layarihttp://facebook.com/PVHPV



Pesanan : #JagaDiri #JagaMasaDepan #JagaSegala-galanya #AmalanHidupSihat :)






No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik